Intipati Khutbah Jumaat 07/11/2014

 Assalamualaikum,

Tajuk khutbah pada minggu ini ialah "Tuntutan hidup bersederhana".



1. Keperluan dalam kehidupan kita ini boleh dibahagikan kepada 4 kategori.

- Keperluan yg mendesak
- Keperluan yg dihajati
- Keperluan yg baik
- Keperluan yg tidak penting

Malangnya, ramai umat islam mendahului usaha dalam mendapatkan keperluan yg tidak penting. 

2. Ketidakupayaan atau kurangnya kesedaran untuk mengurus kewangan dengan baik, akan mewujudkan ramai golongan yg dibebani hutang. 

3. Belenggu hutang boleh membawa kepada tergadainya agama.

Perlu berjimat cermat, elakkan boros.

 Saranan Allah seperti dalam Surah Al-Isra ayat 26 - 27


4. Bank Negara Malaysia ada menggariskan beberapa panduan mudah/ringkas dlm urusan kewangan.

- Belanja mengikut kemampuan.

- Berhati-hati dlm membuat pelaburan. Perlu kenalpasti sama ada skim pelaburan itu sah dan selamat.

- Jangan malu atau segan untuk minta nasihat jika alami masalah kewangan dari individu atau agensi yg boleh membantu.

5. Mengakhiri khutbah, mimbar juga berpesan supaya umat Islam bersatu tanpa mengira fahaman masing-masing untuk bangkit menentang pihak-pihak yg ingin menghapuskan hak-hak umat Islam di Malaysia.

Comments