Pokok Sakura Malaysia - Tabebuia / Tekoma

Assalamualaikum,

Dah lama saya tinggalkan blog ni. Lebih sebulan rasanya. Ada bahan nak ditulis tapi kesemuanya still tersimpan di kepala. Tak tahulah akhirnya akan sempat ditulis atau hilang macam tu jer dari ingatan. Ini pun curi-curi sedikit masa. 

Minggu sudah, while cycling on a beautiful Sunday morning, saya came across a row of the famous bunga sakura malaysia (scientifically known as tabebuia or tekoma). Cantik betul. Semasa saya di Jepun dulu, (lebih 8 tahun yg lepas) saya tak pernah berkesempatan nak lihat dengan mata kepala sendiri bunga sakura (cherry blossom) disebabkan timing trip tak sama dengan masa bunga sakura tu mekar. Terkilan la jugak...Jadi bila terpampang di depan mata version sakura malaysia ni, rasa terkilan tu kurang la sikit. Sikit sangat kurangnya..mana nak sama dengan the actual bunga sakura kan? Tapi tak mengapalah, syukurlah dengan apa yg ada.

Jadi, akhir bulan tiga atau awal bulan empat tahun depan, saya akan pastikan bila kayuh basikal tu, saya akan lalu at that particular stretch of road. Menunggu bunga mekar...




Comments