Assalamualaikum,
"Adam nak try belajar naik basikal tak?" aku bertanya kepada anak yang sulung. "Boleh jugak Abah. Senang tak? Macam mana kalau Adam tak reti?" anak aku bertanya. "Takpa, nanti Abah ajar la. Sure boleh punya....."
Pada 25 Jan 2014 sudah, kami anak-beranak singgah la ke sebuah kedai basikal dengan satu hajat besar. Nak beli basikal untuk hero-hero saya ni. Asalnya nak beli sebuah jer....untuk yang sulung. Tetapi, bila sampai ke kedai basikal tu, anak yang bongsu teringin juga selepas dia "test drive" satu basikal ni. Selepas kurang lebih 20 ke 30 minit di situ, anak-anak dah buat decision yang mana satu basikal yang tersangkut di hati. Selepas sesi tawar menawar dan sesi berpindah duit dengan tuan punya kedai basikal pun dah selesai, kami pun bergerak balik. Bersemangat anak-anak saya hari tu...sampai rumah ja terus nak naik basikal. Nasib baik hari dah petang, jadi boleh la terus naik.
Dalam masa 2 hari, anak yang sulung tu dah boleh berbasikal. Cepat jugak la. Saya ingat saya sendiri dulu pun ambil masa berminggu untuk boleh berbasikal...."Hebat jugak anak aku ni. Sekejap saja dah boleh berbasikal" kata aku dalam hati.
Tapi biasa la, dalam proses anak saya tu nak pandai berbasikal, ada la insiden dia terkontang-kanting sana dan sini. Satu tip yang saya boleh share disini kalau anak-anak nak belajar naik basikal ialah kita sebagai parent ni belilah basikal yang sizenya sesuai untuk anak-anak tadi. Jangan terlalu kecil atau terlalu besar. Lebih senang dan cepat untuk dia nak belajar stabilkan diri dengan basikal dia tu nanti.
Bila dah pandai berbasikal tu, apa lagi, tersenyum lebar la.....
Yang anak yang bongsu ni pulak still on training wheels. Takpa la, kecik lagi. Saya tak nak ajar dia cepat sangat.
Dia suka sangat berbasikal. Balik dari kindergarten jer terus ajak nak kayuh basikal. Walaupun dah masuk minggu ketiga dia berbasikal, enthusiasm tu still ada. Excited sungguh dia. Rasanya lagi beberapa bulan boleh la start tinggikan training wheels tu. Lepas tu dah boleh pecut la. Jenuh la abahnya nak kena kejar dua-dua orang nih.
Satu hari nanti, insyaallah boleh la anak-anak saya ni teman saya berbasikal. Dah boleh dijadikan family bonding session ni. Best jugak nanti boleh bawa diaorang panjat bukit, lalu di atas ban (bendang) dan macam-macam lagi. Immediate one ialah boleh bawa anak-anak ni berkayuh pergi beli nasi lemak pada hujung minggu. Seronok jugak tu.
Satu misi lagi.......nak kena ajak wife pulak kayuh basikal...baru la complete...ehh, wife aku ni reti ker kayuh basikal? Satu misteri yang belum dibongkar lagi ni...
Lawa basikal abg Asyraf tu. Harga berapa tu? Ingat nak belikan Naim basikal baru utk birthday dia. Dia nampak tak sesuai dah dengan basikal kecil tu..
ReplyDeletesatu rm170...ingatkan beskal budak-budak ni kurang rm100..tengok-tengok baru tau...syok la naim nanti dapat beskal baru!
DeleteHadiah bidak 4 tahun rm170? Mahal juga tu.. natilah kena fikir dulu nampaknya..
DeleteRasanya mungkin ada yg murah...tapi kena survey banyak kedai la ain..
Delete