Jambatan Kedua akan dibuka kepada public pada 2 Mac 2014 pukul 7 pagi

Assalamualaikum, 

Jambatan Kedua di Pulau Pinang (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah) akhirnya akan dibuka tak lama lagi. Alhamdulilah, harapnya kesesakan yang boleh dikatakan berlaku pada tiap-tiap hari di Jambatan Pertama akan dapat dikurangkan. Letih jugak kalau setiap hari pergi dan balik kerja asyik terperangkap di dalam kesesakan. 

Info yang saya dapat, Jambatan Kedua akan dirasmikan pada 1 Mac dan akan dibuka sepenuhnya kepada public pada pukul 12 pagi 2 Mac. Diharapkan janji dari Kerajaan untuk memberi tol percuma di Jambatan Kedua selama sebulan dapat ditepati. (Update: sudah disahkan tol tak akan dikenakan selama sebulan selepas diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak).

Come Sunday, 2nd Mac 2014, I will be cruising on the Second Penang Bridge, with the whole family on tow of course. I just cannot wait for it to open for the general public on that particular day.

Harapnya, bermula minggu hadapan, kesesakan akan berkurangan......amin...

"Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah". Sebagai anak Kedah, aku tumpang bangga di atas penghormatan yang diberi buat Sultan Kedah. Daulat Tuanku!








Jumpa lagi.....

Comments