USS Lexington di Corpus Christi, Texas

Assalamualaikum,

Sedikit coretan dari business trip saya ke Austin, Texas.

Sudah seminggu saya berada di Austin. Cepat sungguh masa berlalu. Sebelum saya ke Austin, saya ada buat beberapa rancangan untuk pergi to a few places. Plan pertama saya ialah untuk ke Houston, cadangnya nak ke NASA Space Center. Second plan ialah untuk pergi ke Corpus Christi, mencari peluang untuk melawat an aircraft carrier.Tapi kedua-dua tempat ni sangat jauh dari Austin. Hampir 3 jam setengah kalau naik kereta. Jadi lebih kurang 7 jam pergi dan balik. Selepas beberapa round of discussion dengan kawan-kawan, kami decided untuk pergi ke aircraft carrier. Space Center? Mungkin lain kali, kalau berpeluang ke sana lagi.

Our road trip sepatutnya bermula pada awal pagi. Cadangnya 7:30 pagi dah bergerak. Tapi biasa la kami semua Malaysian, janji pukul pukul 7:30, jadinya pukul 8 pagi. Lima orang yang travel pada hari tu. Sumbat kesemuanya ke dalam rental car kami, a Toyota Prius. Nasib baik ada GPS, jadi tak perlu la bergantung pada map. Tapi ada GPS pun still sesat. Biasa la, GPS pun bukan boleh percaya sangat.  

Dalam perjalanan ke sana, kami came across an area that was full with windmills. Areanya sangat besar, penuh dengan kincir angin. Sejauh mata memandang. Kincir anginnya jenis yang sangat modern. So sleak, slim and very tall.

 
Selepas hampir 3 jam setengah on the road, kami selamat sampai di Corpus Christi. Terasa letihnya. Tapi semangat nak tengok negara orang ni lagi kuat. Jadi digagahkan juga. Tempat pertama yang kami tuju ialah tempat makan. Ke kedai Sushi jer. Tak la was-was sangat.



Selepas makan kami bergerak semula ke aircraft carrier yang diberi nama USS Lexington. Waktu tu dah tengahari, dalam pukul 1 setengah.

USS Lexington tu memang besar. Admission ticket berharga USD13.95. Masa lawatan hanya up to 5 petang sahaja. Kami ada 3 jam setengah sahaja, tak boleh la berlengah lagi.







Ini ialah pelan lawatan. Ada 5 tour locations. Kami ingatkan dalam masa 3 jam setengah yang kami ada tu bolehlah cover semua. Rupa-rupanya tak. So bayangkan la size carrier ni. 3 jam setengah pun tak habis cover semua.Hmmm...maybe kami sibuk bergambar kut...biasa la..datang tempat orang, ambil gambar banyak-banyak untuk kenangan. Bukannya selalu dapat datang.
 


Gambar kat bawah ni ialah di hangar deck area. Tak pernah terbayang dlm hidup ni dapat jejak kaki ke dalam an aircraft carrier. Siapa sangka. Ingatkan dapat tengok kat tv ja la. Rezeki.





Next kami pergi layan a short movie. Still di hangar deck. First time tengok 3D movie in a cinema. Kena pakai those red and green specs. One thing saya belajar hari tu, rupa-rupanya saya tak boleh tengok 3D movies. Rasa pening dan mata tak dapat cope. So, 2D saja la for me. Nasib baik, tak la gatal tangan nak beli 3D TV. Movie pada hari tu ingatkan related to USS Lexington, rupa-rupanya tak. Melalut cerita pasal kapal terbang. Tak relevant langsung.

Selepas tengok 3D movie, kami bergerak ke flight deck. Berjenis-jenis aircraft ada di flight deck. Bak kata Ustaz Kazim, "syok gila" time tu.







 
Selepas hampir setengah jam kat flight deck, kami bergerak pula ke foc'sle tour, gallery deck dan lower deck. Dalam aircraft carrier ni, space is very minimal. Jadi terpaksa la diorang design walking alley, tangga, bilik tidur, tempat makan, bilik treatment dan sebagainya secara bijak. Semuanya untuk memaksimumkan ruang yang ada. In all honesty, saya rasa saya tak sanggup bekerja macam ni. Sungguh tak selesa, rasa lemas, claustrophobia. Satu masa dulu, ada terlintas di hati nak bekerja di pelantar minyak, jauh di tengah laut. Even a few months ago pun ada terlintas lagi keinginan tu. Yes, the money is good, tapi....
 
 
 
 
 
 
 
Itu saja sedikit sebanyak cerita untuk hari ni....
Sebelum tu, saya ada sesuatu nak dipesan.
Walaupun kat mana kita di bumi Allah ni, jangan ditinggalkan solat. Cari la tempat yang sesuai dan solat. Tak dapat ambil air sembahyang, tayamum pun boleh. Islam ni tak susah. Senang ja kan..

Comments