Petua untuk turunkan suhu badan anak-anak yang demam

Pertengahan minggu sudah, anak saya yang bongsu demam. Teruk. Temperature dlm range 39 ke 40 degC. Dah bawak jumpa specialist. Scarlet fever katanya. Tapi selepas makan ubat pun temp still tinggi. Masuk hari ketiga, baru telefon mak di kampung, bagitau yg cucunya dah tiga hari demam kuat. Mak ada tanya kenapa la tak bagitau awal awal...dah masuk hari ketiga baru nak cakap....yup my mistake. Lepas tu mak pun turunkan ilmu sikit tentang petua nak turunkan suhu badan untuk budak-budak yg demam.

Petua pertama:
Ambil ketul ais atau air sejuk (direct dari peti ais), basahkan kain atau kalau guna ketul ais, balutkan ketul ais tadi dgn kain. Kain tu kemudiannya dituamkan ke bahagian pelipat badan. Apa benda pelipat tu? Pelipat tu ialah area pada badan yg berlipat...contohnya di ketiak, leher, di celah kelangkang, belakang lutut dan belakang siku. Kalau nak temp turun dgn cepat, aim pada dua tempat ni...celah kelangkang dan juga celah ketiak. Insyaallah temp akan turun dengan cepat.

Petua kedua:
Carikan asam jawa. Rendamkan asam jawa tadi di dlm air dlm 1 ke 2 jam. Biarkan mixture tadi tu pekat. Bila nak mandikan anak, lumurkan dulu air campuran tadi ke keseluruhan badan. Dari hujung rambut ke hujung kaki. Kemudian biarkan campuran tu tadi kering di badan anak tadi. Campuran air dan asam jawa tadi boleh tolong dispersekan heat dari badan. Bila dah kering bolehlah siram dan sabunkan. Syorkan buat ni di sebelah pagi atau petang.

So itu sikit sebanyak sharing utk turunkan suhu badan utk kanak-kanak. Kita ni ikhtiar jer..Allah yang tentukan....kalau ada doktor atau pakar perubatan yg membaca blog ni, kalau ada apa yg saya tulis ni salah atau tak boleh dibuat sila tegur ya...

Comments

  1. petua yg sangt membantu..tq for sharing...
    http://jomsihatdanceria.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment