Nature at our doorstep

Assalamualaikum,
Minggu ni adalah minggu keempat laman rumah dihiasi dengan rumput mutiara (pearl grass). Saya ada menulis proses menanam rumput mutiara beberapa minggu yang sudah. Linknya ada dibawah.

Menanam rumput mutiara (pearl grass)

Sejak hari tu semangat nak menghias kawasan luar rumah meluap-luap. Biasa la, sebelum ni laman rumah kurang "enak" ditengok. Bila dah nampak laman ada rupa cantik sikit (cantik ke? cantik la kalau dibandingkan dengan sebelum nih, riak sikit), mula la sibuk nak ke nurseri cari pokok-pokok hiasan. Tapi saya dan wife tak suka terlalu banyak pokok, takut ada masalah nyamuk (nyamuk ni tempat melepaknya ialah di pokok) dan tak nak nampak terlalu semak. So, nak secara kecil-kecilan je la. Kalau boleh tak nak rumah jadi hutan....
So pokok apa yg sesuai? Kami cuba nak wujudkan contrast dgn warna hijau rumput. Rumput mutiara tu warnanya hijau pekat. Memang sedap mata memandang. So, bila satu hari tu terserempak dengan satu pokok yang warnanya merah keunguan (betul ke warna yang saya describe ni. Cuba tengok gambar di bawah), terus hati tertambat (perghh ayat). Saya actually tak tau apa nama pokok ni until seorang kawan sekolah lama (thank you Azirah!) yg tolong advicekan namanya. Orang Melayu panggil pokok ni Jenjuang dan orang belajar botani dan bijak pandai panggil pokok ni cordyline terminalis (l) kunth. Berbelit lidah nak sebut. Pokok Jenjuang ni saya beli selepas sehari tanam rumput mutiara....semangat. Siap beli 2 pasu. Setakat ni penjagaan tak susah, siram tak perlu hari-hari, tak perlu cahaya matahari yg direct. Pucuk baru pun sudah mula keluar. Pokok ni boleh mencecah ketinggian hampir 6 meter, so boleh dijadikan pagar natural. So tak payah la nak tinggikan pagar simen jika perlukan privacy. Kesimpulannya, love that pokok.

Pokok kedua yang kami beli ialah pokok melur. Nama saintifiknya jasminum sambac. Daun hijau, so kenapa kami beli kalau dah warna sama dengan warna rumput mutiara? 2 sebab. Bau dan warna. Bunga melur ni baunya harum. Arwah tuk dulu ada buat bedak sejuk dan bila nak bagi bedak sejuk tu wangi, digaulkan dengan bunga melur. So setiap kali bau bunga melur ni, ada timbul nostalgia zaman kecik-kecik dulu. Sebab kedua ialah warna bunganya. Bunga Melur ni berwarna putih, so ada contrast dengan warna hijau.
Pokok bunga melur ni baru 3 minggu di rumah. Tempat yang saya letak pasu pokok ni jauh dari cahaya matahari yg direct. Pokoknya masih menghasilkan bunga tapi agak kurang. Saya akan bagi tempoh seminggu ke dua minggu sebelum membuat keputusan samada akan mengubah kedudukan pasu ke tempat yg mendapat cahaya matahari yg direct. Kena la buat ujikaji sendiri. Dapat tahu yang bunga melur ni boleh dibuat ubat. Ada sesapa tahu ubat apa? Boleh tolong advice?

So, this will be our attempt to bring nature to our doorsteps. Not trying to rush. Taking small baby step at one time.....
Terima kasih kerana sudi menjengok blog ini.

Comments

Post a Comment