Assalamualaikum,
Intipati khutbah Jumaat dari Masjid Timah, Seberang Perai.
1. Marilah bertaqwa kepada Allah dengan menjunjung segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah-mudahan kita akan mendapat kemenangan di dunia dan akhirat.
2. Sesunguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang banyak taqwanya kepada Allah.
3. Segala makhluk dan alam ciptaan Allah ini akan tiba masanya menempuh saat kemusnahan dan kehancuran.
4. Anak-anak muda akan pudar ketampanannya dan kecantikkannya akibat dimamah usia. Akhirnya menemui ajal. Nabi Muhammad ada menyebut umur umat-umat ku nanti hanyalah di sekitar 60 ke 70 tahun sahaja.
5. Dunia yang kita tumpang ini juga akan menjadi tua.
6. Semua makhluk dan alam ini akan tiba ke satu detik dipanggil hari kiamat.
7. Tiupan sangkakala yang pertama menandakan bermulanya kiamat, manakala pada tiupan sangkakala yang kedua akan membangkitkan semua manusia bermula dari zaman Nabi Adam sehinggalah manusia terakhir berada di muka bumi ini pada ketika berlakunya kiamat.
8. Kesemua manusia akan dibangkitkan dan dihimpunkan di Padang Mahsyar untuk menghadapi timbangan amalan yang dikerjakan semasa hidup di dunia.
9. Setiap sudut Padang Mahsyar akan penuh sesak dengan manusia. Padang Mahsyar itu sangat besar, sejauh mata memandang, tiada pokok, tiada gunung, tiada tempat berteduh.
10. Digambarkan suasana huru hara dan kucar kacir yang menyelubungi manusia pada ketika itu, masing-masing sibuk dengan hal sendiri, ada yang berjalan dan ada yang merangkak-rangkak dan bermacam-macam lagi dalam suasana panas dengan matahari hanya sejengkal dari kepala masing-masing.
11. Dalam keadaan gawat itulah baru mahukan syafaat dari Nabi walhal semasa di dunia tidak mahu mengamalkan apa yang diamalkan Nabi malah ada yang memperlekehkan Nabi.
12. Semua manusia akan disoal kesemuanya termasuklah yang sulit dan tersembunyi. Malah semua anggota badan itupun akan ditanya apa yang dilakukan semasa di dunia.
13. Insaflah dan sedarlah bahawa hari kiamat itu benar, kegawatan di hari kiamat amat dahsyat dan memakan masa yang amat panjang. Semasa kita masih sihat, bertenaga dan berpeluang bermuhasabah diri, nilaikanlah amalan kita supaya selari dengan Al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad.
Comments
Post a Comment