Berbasikal sejauh 1000km - December 2017 update

Assalamualaikum,

Sibuk betul sekarang, sehinggakan update berbasikal yang sepatutnya saya buat pada bulan December sudah, tak sempat saya nak siapkan. Dah masuk tahun baru 2018, baru la nak terhegeh-hegeh nak update.

Let's go straight to the point. Tahun 2017 yang sudah, saya dah pasang azam untuk berbasikal secara in total sejauh 1000km. It was a struggle, memandangkan banyak halangan untuk berbasikal. Tetapi alhamdulillah, azam tu dapat dicapai. Sewaktu saya update status distance travelled pada bulan November di link di bawah ni, saya masih ada 133km lagi untuk cukupkan 1,000km. Saya banyak travel pada penghujung bulan November dan awal bulan December. Jadi, dah tak banyak peluang untuk berbasikal untuk completekan baki 133km tu. Tapi, saya cuba juga cari ruang dan masa untuk complete that distance. Alhamdulillah, dapat juga complete that magical 1,000km distance.


Satu tahun yang mencabar, especially when ada manusia yang tak bertanggungjawab telah curi basikal Raleigh Ugo di rumah tu. Panas hati betul bila Raleigh Ugo to kena rembat. Memang tak akan saya halalkan. Nasib baik my trusted old Merida is there. Dengan Merida ni la saya habiskan saki baki untuk completekan 1,000km tu. Berjasa sungguh Merida ni...





All in all, pada tahun ini sahaja, saya dapat berbasikal sejauh 1,020km. Lebih 20km dari apa yang saya sasarkan. Satu accomplishment yang saya rasa cukup bangga. Basking in the glory.

But, in all honesty, I thought I can easily reach that 1,000km. Memang ingatkan senang jer. Rupa-rupanya payah sungguh, especially ada faktor kekurangan masa. Tapi tak mengapa, satu achievement dah dapat.


Ok sekarang, it's time to plan for 2018...

Azam saya pada tahun 2018 ini ialah untuk berbasikal sejauh 1,500km. Extra 500km! Yang 1,000km tu pun saya susah nak habiskan, ini dah menggatal nak cuba 1,500km? Secara teorinya mudah jer. Setahun ada 52 minggu. Untuk completekan 1,500km, saya perlu berbasikal setiap minggu sejauh lebih kurang 29km. Mudah kan? Itu teori, but the reality tu berbeza. Saya sepatutnya kayuh lebih dari 29km setiap minggu untuk compensate for bulan puasa, travel, cuti-cuti bersama keluarga, hari hujan, hari malas, kena overtime kerja etc. Tapi saya rasa boleh buat. Tak kan nak aim distance yang sama untuk tahun ni kan? Apa yang bestnya kalau macam tu? Memang saya bertekad nak completekan 1,500km jugak. Tak nak berdalih. Nak buat juga sampai berjaya. 

Jadi ok, 1,500km is ON. I will be updating my travel distance every month in this blog. Hopefully by the end of the year, I will get to share a new achievement. Wish me luck.

Bye...

Comments