Burger Bakaq Tok Uban @ Taman Pauh Jaya

Assalamualaikum,

Salah satu aktiviti yang kami sekeluarga suka buat ialah trying out new eateries. Minggu sudah, wife saya cadangkan kami cuba satu restaurant baru yang agak hampir dengan rumah. Kata wife, makanan kat restaurant tu sedap dan harganya berpatutan. Restaurant tersebut menyediakan makanan yang amnya western food, dan khususnya burger bakar. Restaurant tersebut ialah restaurant Burger Bakaq Tok Uban (BBTU).



Saya decided untuk buat post ni setelah dua kali ke BBTU ni. Kali pertama kami sekeluarga menjejakkan kaki ke sana was last Sunday, 22 Januari yang sudah. Dan hari ni, Sabtu 28 Januari was our second trip. Our first trip was a memorable one, we knew straight away that it will not be our last.

The building facade was simple, not extragavant. But when inside, the interior design was warm and inviting. Susun atur meja dan kerusi sangat kemas serta tersusun. Yang penting, keseluruhan restaurant bersih.

Dinding restaurant pula dihiasi ayat-ayat dari al-Quran, motivational quote serta gambar dan hiasan yang secara keseluruhannya membina suasana yang sungguh menyenangkan.







The best part ialah makanannya sedap. Saya akan share the full menu berserta harganya towards the end of this post. Apa yang kami makan? Ok first, kami order Burger Bakar Cheezerella. Cuba tengok gambar di bawah tu. Tak mengancam ker? Anak saya yang sulung and wife suka Cheezerella tu. Beef pattynya sedap. Berperisa dan taste like beef. Kan kadang-kadang kalau makan burger, pattynya dah hilang rasa beefnya tu, tapi kat BTTU rasanya masih ada. Anak saya yang sulung tu tak berapa gemar makan sayur, tetapi, semua yang ada atas plate Cheezerella tu dia bedal. Licin. Sayur pun lesap. Tinggal batang lidi tu jer. Sedap la tu...


Anak yang kedua suka makan Tok Uban Sizzling Noodle. Macam sizzling mee. Dua kali kami ke sana, kedua-dua kali dia order benda yang sama. Sedap la tu. Wife pun cakap sedap.


Makan sampai comot..aiyo..


Yang ni pula beef meatball spaghetti. Saya yang order makanan ni. Saya suka meatballsnya for the same reason as why we love Cheezerella. Beef meatballs tu ada rasa beefnya. Sos spaghetti was well balanced, ada rasa masam dan sedikit manis. Saya suka sebab ada large tomato chunks dalam sos spaghetti. Memang sedap.


Kat bawah ni saya share the full menu. Harga pun ada tertulis di situ. Senang nak budget. Sebelum saya lupa, BBTU ada buat service delivery. Kalau sesiapa yang berminat boleh cuba call atau whatsapp number kat bawah ni untuk tempahan. Coverage area saya tak pasti, tapi yang pasti sesiapa yang tinggal di Taman Pauh Jaya tu sure boleh order delivery. Untung la...

Contact number: 011 5289 6789

Location Burger Bakar Tok Uban:

5°22'15.9"N 100°24'55.5"E



















So, that's it for today. Kalau ada sesiapa berkesempatan singgah ke Burger Bakar Tok Uban tu, do share your experience here.

Bye....

Comments

  1. Wah.. nampak sedap menu dipilih.. unik nama kedai ni.. mcm nama kg saya pulak.. haha..

    ReplyDelete

Post a Comment