Assalamualaikum,
Hari ni ialah hari raya yg keempat. 4 Syawal 1436 H. Sekejap sahaja masa berlalu. Masih teringat pada pagi 1 Syawal, aku dan keluarga riuh rendah nak bersiap ke sembahyang raya, sibuk bergambar, sibuk bermaaf-maafan, tak lupa juga bergembira membedal nasi tomato yg terbaik di dunia yg disediakan oleh mak aku. Anak-anak pun suka nasi tomato yg dibuat oleh tuk mereka ni. Dalam bulan puasa lagi anak-anak ni dah pesan kepada tuknya untuk masak nasi tomato pada hari raya. Tersenyum lebar tuk bila cucu-cucunya suka masakannya. Semua ni ialah prelude kepada a long lasting memories. Semua ni yg bakal jadi mould kepada macam mana life yg pernah kita kenal.
Memang cepat masa berlalu, pejam celik pejam celik sudah 4 Syawal. Kebetulan pula, hari ini ialah hari lahir aku yg ke 38. Dalam hari-hari menjelang ke hari lahir aku ni, aku rasa lain sikit. Ketika dlm memikirkan diri yg masih bernyawa ni, aku terkenang kepada yg sudah tidak ada....
Hari Raya tahun ni jatuh pada hari Jumaat. Bila di kampung, aku selalunya akan bersolat Jumaat di Masjid Alor Merah. Dari kecil sampai la ke tua bangka ni aku banyak kali menjejakkan kaki ke Masjid tu untuk bersolat Jumaat. Di Masjid tu, akan ada seorang pakcik ni yg aku panggil dgn nama Tok Su. Tok Su ni dulu pernah menjadi perantara semasa majlis merisik bakal wife aku dulu. Tok Su ni walaupun dah berumur, tapi dia handsome, berpakaian smart, tenang, selalu senyum dan tutur katanya lembut dan menyenangkan. Kalau aku ke Masjid tu mata aku memang sentiasa liar cari dia. Kalau dah nampak, hati ni senang. Boleh la bertegur sapa.
Ada satu masa tu, semasa aku bersolat Maghrib di surau berhampiran rumah aku di Penang, aku pernah tersentak bila aku ternampak satu kelibat yg aku sangat cam di saf hadapan aku. Selesai solat dan doa, aku cepat-cepat tegur. Memang sah, Tok Su rupanya. Tak sangka dia akan datang jauh dari Kedah sehingga ke Penang. Rupa-rupanya dia datang ke rumah anaknya yg tak jauh dari rumah aku. Sementara menunggu Isyak, aku jemput Tok Su ke rumah aku. Sambil berjalan kaki ke rumah aku, sempat la kami berborak. Bersembang dgn Tok Su ni sungguh menyenangkan. Terasa comfortable. Terasa macam bersembang hari-hari walaupun jarang-jarang berjumpa. Berbesar hati aku bila dia sudi datang ke rumah. Bila hampir Isyak, kami berjalan semula ke surau. Tok Su ni steady jer. Walau berumur masih tegap. Respect. Sesudah Isyak, aku terima pelawaan Tok Su ke rumah anaknya. Sempat la aku berjalan bersama Tok Su ke rumah anaknya yang rupa-rupanya sepelaung sahaja dari rumah aku. Dekat sangat. Terasa seronok malam tu bila dapat bertemu saudara dari kampung di Penang.
Fast forward ke 1 Syawal tahun ni. Tok Su dah tiada. Tok Su meninggal ketika hendak ke masjid untuk bersolat subuh. Bila dapat tahu dari mak yg Tok Su dah meninggal, hati ni rasa sedih. Tapi hati ni gembira dan senang sebab matinya dengan cara yg baik. Nak ke masjid untuk bersolat subuh. Dah bersiap lengkap untuk ke masjid tu. Tok Su ni memang kaki masjid. Rumahnya pun dekat dengan masjid.....Terkilan aku bila dah tak nampak Tok Su. Tapi aku faham yg hidup ni memang singkat...
Macam mana agaknya nanti mati aku? Aku teringin semacam Tok Su. Tapi macam mana. Ke surau pun aku liat. Kalau tak sibuk dan tak malas baru nampak muka di surau. Dapat ke peluang aku mati semasa nak ke surau atau masjid? Baik ke nanti mati aku? Aku juga teringat Cikgu Ali yg meninggal semasa di dalam rakaat ketiga ketika solat di surau di kampung aku. Dah sempat mengucap di dalam rakaat kedua. Sangat cantik perancangan Allah untuk dia. Cikgu Ali pun geng surau. Selalu berjemaah.
Hidup ni memang singkat....Ya Allah matikanlah aku dgn cara yg baik. Aku kena mula membuat investment lebih untuk akhirat nanti ni. Umur dah 38 tahun, rugi kalau investment akhirat aku masih sikit. Aku nak mati dgn cara yg baik. Hidup ni dah singkat....
Ni mesti masa kat rumah chu aritu lupa tekan publish.. jadi sekali lagi ...
ReplyDeleteSelamat ulang tahun, moga kehidupan tahun seterusnya lebih ceria, berjaya dan sihat..
Betul, singkatnya takkan kita tahu bila dan kalau panjang pun juga takkan kita tahu bila hayat kita ni habis.. moga akhirnya yang baik2.
Assalam,
ReplyDeletemasa semkin cepat berlalu kan3
moga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah AMIN