Alahai alahan...


Assalamualaikum.

"Raziff, kamu ni ada allergy. Tak ada ubat untuk cure allergy. Kecuali satu, mati. Jadi this allergy will stay with you forever. Jadi, jaga apa yang kamu makan." Itu cakap Dr. Ong, our default family doctor. Dia cakap tu ketika saya masih kecil. Rasanya time tu saya dlm umur 8 atau 9 tahun. Pergi berjumpa Dr. Ong selepas satu badan bengkak. Gatalnya ya Allah! Cukup rimas dan tak selesa. Dah la bengkak-bengkak, tekak sakit, hidung berair dan selsema. All in one. 

Jenis alahan yang saya kena tu kadang-kadang immediate dan kadang-kadang perlukan masa berjam-jam sebelum kesannya terasa. Jadi tak menentu. Bergantung kepada apa puncanya. 

As I grow older, badan ni jadi kuat sedikit. Jarang badan akan bengkak kalau salah makan. Walaupun tak bengkak selsema tu selalunya akan tetap jadi. Kiranya, kesan dari alahan tu tak seteruk semasa saya kecil dahulu.

Tapi last year saya agak terkejut bila terjadi balik alahan yang teruk.  After having dinner with my inlaws, celebrating their safe return dari mengerjakan umrah, the allergy kicked in. Kurang lebih 6 jam selepas dinner, mata saya membengkak dan selaput mata (cornea) menjadi lembik. Bila disentuh saja, cornea tu jadi semacam beralun. Paniknya hanya Allah yang tahu. Nak jadi buta ke aku ni? Boleh ke aku lead a normal life dengan hanya satu mata? Waktu tu, menunggu Subuh terasa sangat lama. Nak tidur pun payah. Macam mana nak tidur kalau fikiran tu dihumban dengan segala macam unknown. Takutnya ya Allah.

Bila hari dah siang, dengan hati yang sangat berdebar terus ke Pusat Pakar Mata ( Tun Hussein Onn National Eye Hospital ). After checkup, specialist cakap semua tu terjadi disebabkan allergy reaction. No permanent damage. Syukur alhamdulilah. After taking the medication, the swelling began to subside. 

Jadi apa pengajarannya dari semua ni? Pengajarannya bukan tentang allergy saya tu. Lebih kepada saat saya terasa 'kehilangan' mata saya. Tuhan itu maha kaya dan maha berkuasa. Apa yang ada pada kita ni dalam sekelip mata Dia boleh ambil kembali. Sekarang ni banyak benda yg saya take for granted. Bila dah tak ada baru nak menyesal. 

Satu benda yg Allah boleh ambil dari saya dan waktu tu nak menyesal pun tak guna. Mati. Jadi sebagai satu reminder kepada diri sendiri, manfaatkan masa yg sedikit di dunia ni.....

Comments

  1. Makan di BSP ke yang jadi allergic tahun lepas tu? Apa menu time tu? Dah lupa la..

    Macam tu sekali ye.. Patutla sangat jaga pemakanan..

    ReplyDelete
  2. Haah...saya ingat lagi apa yg saya makan malam tu. tapi tak bleh cerita kat sini. Ada hikmahnya tuhan bagi mcm ni...

    ReplyDelete

Post a Comment