Makanan halal di sekitar Austin Texas

Assalamualaikum,
Hari ni saya nak cuba share tempat-tempat makanan halal di sekitar Austin, Texas. Honestly, saya rasa tak susah nak dapatkan makanan halal di sana. Ada optionnya. Cuma saya rasa terkilan sikit sebab kebanyakan tempat yg menjual makanan yg halal disana pada masa yg sama juga turut menjual minuman beralkohol.

Tempat yg pertama saya mahu share disini ialah Masala Wok.
Pada hari tu saya mencuba shrimp tikka masala...portion makanan sgt besar. Nak habiskan cukup payah. Tapi memandangkan kebuluran time tu, berjaya jugak la habiskan walaupun slow. Harga makanan? Check it out dlm gambar di bawah. Makanannya sedap. Saya banyak beli dinner dari Masala Wok bila di Austin disebabkan locationnya sangat dekat dengan tempat kerja.
Taj Mahal ni letaknya di Parmer Lane. Bestnya Taj Mahal ni sebab dia ada buffet. So boleh bedal semahunya. Harga per person utk buffet tak lebih dari USD14 (bergantung la berapa banyak nak bagi tips. Kat US ni kita digalakkan hulurkan tips. Tapi saya rasa patut la sebab layanan bagus. Ada jugak option utk ala carte, so up to you utk nak order apa. Apa yg saya rasa sedap? Ayam masala! Kalau kat Malaysia, typically ayam masalanya keras-keras, tapi kat Taj Mahal tu ayam masala dia lembut dan juicy. Siap bedal dua lagi..ok la kan, dah nama pun buffet. Satu lagi yg best ialah curry kambing dia..perghh memang sedap. Sori, terlupa nak ambil gambar.

Ni lagi satu tempat menjual makanan halal. Kat sini masakannya berbeza dengan Masala Wok dan Taj Mahal. Dua tempat tadi tu lebih kepada masakan India. Kat Sarah's ni makanan Turki. Kat sini saya suka dgn keletah makcik kat counter. Cakap tak berenti-renti. Asyik tersenyum jer kami yg beratur nak beli makanan tu. On that day saya cuba lamb shank. Portion sgt besar. Biasa la US ni portion makanannya besar-besar belaka. Sebelum saya lupa, kat dlm kedai tu ada jual makanan dlm tin, makanan dlm kotak serta raw meat. So kalau nak memasak kat rumah boleh la beli bahan mentahnya dari kedai Sarah's tu. 






Tempat ni pun sedap jugak. Dia offer buffet food. Banyak variety. Sori sebab tak dapat share banyak gambar sebab sibuk melantak. Kat sini jugak ada belly dancing! Tapi time malam jer. Siang takder. Jadi saya pergi siang jer lah...ehhehehe. Betul, tak tipu. Tempat ni diintroducekan oleh fellow US Muslim yang bekerja setempat dengan saya. Diaorang tolong organizekan lunch untuk saya pada hari tu. Baik budi betul. Kalau diorang ada datang ke Malaysia, kena balas budi balik nih.




That's all folks. Post kali ni tak panjang. Saya buat post ni pun untuk kemudahan fellow Muslim yang mungkin kena travel ke Austin. Senang la sikit nanti bila diorang nak ke sana. Kalau ada sesapa yg tahu tempat makanan halal yg lain di Austin tu, sila la cakap yer.
Thank you for stopping by this blog.
Salam.............

Comments

  1. niat yang bagus ni..bolehlah dirujuk oleh rakyat Malaysia yang nak travel ke kawasan sana....

    bilalah ye saya nak ke sana? hihi..

    ReplyDelete
  2. kira macam berbakti kepada negara la ni....hehehhe

    ReplyDelete

Post a Comment