Intipati Khutbah Jumaat dari Masjid Kampung Seronok Pulau Pinang
1. Bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar benar taqwa. Dengan menunaikan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
2. Penilaian Allah terhadap seseorang adalah berdasarkan taqwa dan bukannya jawatan, pangkat, keturunan dan gelaran kita.
3. Ilmu adalah sesuatu yg dititikberatkan dlm Islam. Umatnya perlu menuntut ilmu. Tuntutan ilmu melampui batasan usia, masa dan tempat. Ilmu sentiasa berkembang mengikut perkembangan masa. Sesiapa yang tidak mengejarnya, dia akan ketinggalan.
4. Orang berilmu diberi kedudukan mulia disamping Allah.
5. Ramai yang keliru dalam hal menuntut ilmu. Ramai yang berkata lebih baik bekerja dari menuntut ilmu, kerana bekerja boleh mendapat wang, tetapi menuntut ilmu adalah susah dan memerlukan wang. Sia-sialah orang yang berfikiran demikian.
6. Tujuan menuntut ilmu adalah supaya beroleh kebenaran.
7. Ilmu bukan hanya utk pelajar. Kempen belajar sepanjang hayat adalah lebih tepat dan dapat melahirkan umat yang hebat.
8. Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap individu Muslim. Sahutlah seruan belajar sepanjang hayat. Jangan terlampau berkira untuk mengeluarkan duit dalam menuntut ilmu.
9. Menuntut ilmu tidak terhad pada bidang tertentu sahaja, selagi mana ia tidak bertentangan dengan aqidah Islam. Ilmu dalam bidang professional seperti kedoktoran, kejuruteraan, seni bina, undang-undang, perbankan adalah penting untuk kesejahteraan umat umumnya. Maka perlu ada dari masyarakat Islam yang berada di dalam bidang-bidang ini sehingga memenuhi keperluan, khususnya yang melibatkan jantina seperti sakit puan.
10. Bangunlah penuda dan pemudi Islam. Capailah kejayaan, lipat gandakan usaha kerana masa depan kita bakal dicorakkan oleh golongan ini.
Banyak iktibarnya khutbah kali ni... Patut bagi budak yg malas belajar dengar khutbah yg ni..
ReplyDeleteHaah....bagi kesedaran sikit...
Delete