Makanan halal di Taipei - Arabian Nights BBQ and Curry Restaurant

Assalamualaikum,

Post ini ialah sambungan kepada post saya on my recent trip to Taiwan. Saya bukannya holiday ke Taiwan, tapi ke sana atas urusan kerja. Saya menjejakkan kaki ke Taipei tu pada 19 November, hari Ahad. Sampai ke hotel pun sudah petang. Close to 5pm dah. Di bulan November ni, siangnya pendek. Pukul 5 lebih sikit dah malam. Selesai mandi dan solat, saya dan colleague mula atur langkah untuk makan malam. Saya honestly tak tahu nak tuju ke mana for dinner, all was arranged by my colleague yang selalu travel ke Taiwan. Dia la yang menjadi guide saya semasa kat sana tu. Tak ada dia, jawabnya makan Maggi la saya tetiap hari. Boleh botak jadinya.

On that day, kami bergerak ke Arabian Nights BBQ and Curry Restaurant. From their website, the restaurant is described as a halal middle eastern Pakistani cuisine. Tak sangka on my first day di Taipei, dah boleh rasa makanan halal. Syukur sungguh. Kat bawah ni was how the restaurant look like from the outside.





Yang ini pulak ialah certificate halal dari Islamic Association of Taiwan. Tak perlu was-was dah boleh bedal je nanti.


Yang ini pulak ialah suasana di dalam reaturant. Bersih dan kemas. Banyak decoration yang berunsurkan dan bermotifkan Islam.





The sad part about this post is that there is not a single picture of the dishes to share! Saya terlupa nak ambil gambar makanan! Memang lapar time tu. So, bila makanan sampai, terus jer ngap! Tak sempat nak ambil gambar langsung. Tu compensate, saya letakkan gambar menu jer. I retrieved the menu from their website. Overall memang sedap. Saya akan visit lagi restaurant ni kalau saya ke Taipei lagi. Reminder to diri sendiri, kena snap gambar makanan.



Kat bawah ni is a few detail of that restaurant. Berguna untuk those yang travel ke Taipei dan perlukan makanan halal. Berguna juga untuk saya yang kemungkinan besar perlu travel lagi ke sana tu nanti.

Address: No. 93, Section 6, Xinyi Road, Xinyi District, Taipei City, Taiwan 110.
Google Map: 25.036085, 121.577599
Phone number: +886 2 2727 1662
Operating hours: 11:30am to 2:30pm and 5:00pm to 10:30pm
Facebook: https://www.facebook.com/pg/arabian.nights.tw/about/

That's all folks. Bye bye...

Comments

  1. bole refer kt sini klo g taiwan nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada beberapa tempat makan halal di Taiwan tu yang saya nak share. belum sempat nak tulis. so stay tune..

      Delete

Post a Comment