Lampu dinding menggunakan paip

Assalamualaikum,

Lama tak menulis...alasan yang sama, sibuk. Kena mencari sebab untuk terus menulis..

Sejak beberapa bulan ni, saya rajin sikit mencari idea deko untuk rumah. Salah satu cara cari idea ni ialah membuat lawatan sambil belajar ke syarikat interior designer. Bagus cari idea ni, baru minda terbuka. Saya suka ada idea dalam kepala. Bila ada sesuatu yang saya tak agree pasal deko rumah, at least saya based on educated judgement, bukan main hentam ja.

Dalam salah satu lawatan sambil belajar tu, saya terjumpa lampu dinding yang diperbuat dengan paip. 


Paip tu disambung-sambung dan dicat hitam. Lampu bulb dipasang di hujung. Nampak menarik. Nampak industrial dan moden. Saya rasa saya boleh buat sendiri, cuma nak kena make sure wiring ditebat dengan elok. Takut kena electric shock pulak nanti kang. Tapi saya rasa possible untuk dibuat. Mungkin ini boleh jadi satu project untuk rumah baru nanti....

Interior designer yang saya lawat tu ialah ID PRO, bertempat di Signature Avenue along Jalan Baru, Pulau Pinang. Jalan-jalan cari idea..

Comments

Post a Comment