Nasi Kambing Balik Kampung di Nasi Ayam Periuk Besar, Sungai Kob Kulim

Assalamualaikum,

Dah lama tak menulis di blog ni. Dulu sangat sibuk. Tapi Alhamdulillah, lepas Masters dah habis ni, ada la sedikit kelapangan. Hujung minggu dah tak perlu ke kelas, dan weekdays dah tak perlu pulang dari kerja lambat untuk gunakan masa selepas kerja menyiapkan assignments yg berlambak tu.

What better way to kick back this blog into action other than talking about food. Nasi kambing balik kampung ni lecturer Masters aku yg kenalkan. Gerai nasi kambing ni menumpang kedai makan Nasi Ayam Periuk Besar di Sungai Kob, Kulim. Locationnya ada di bawah ni (GPS).

5.429081, 100.649182




Bila lalu jer tepi gerai nasi kambing tu, baunya saja dah membuka selera. Dekat situ, selepas buat order kita kena tunggu untuk ambil set nasi kambing. Tak adanya orang akan hantar ke meja. Semua self service. Beli air pun kena beratur dan ambil sendiri.

Cuba tengok gambar close up nasi kambing kat bawah ni. Whet my appetite...




Sedap ke tak sedap? Itu soalan yg penting nak kena jawab. Tekak aku cakap sedap. Wife dan anak-anak pun suka. Mak mentua yg tak makan kambing pun tapi bila ke gerai tu, dia pun  makan juga. Sedap bau katanya. Kesimpulan yg dapat aku buat ialah nasi kambing tu sedap. Jadi, sesiapa yg ada berdekatan dgn area tu, boleh la mencuba. Harga sepinggan nasi kambing tu ialah RM10.

Selamat mencuba......salam.

Comments