Kambing Golek Selera Warisan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, pada 29 November 2015 yg sudah, selamatlah sudah majlis aqiqah untuk anak ketiga kami. Buat pertama kali juga, my wife and I menjadi tuan rumah untuk satu majlis kenduri. Kenduri aqiqah anak pertama dulu dibuat di rumah mentua, anak kedua di rumah parent saya. Memang dah kami plan kalau dapat anak ketiga, insyaallah majlis aqiqahnya akan kami buat di rumah kami sendiri.

Majlis pada hari tu berjalan lancar. Family, kawan, dan jiran tetangga ramai yg sudi datang untuk meraikan majlis tu. Kami yg tuan rumah ni, memang berbesar hati kepada semua yang hadir.

Alhamdulilah juga kerana ramai yang hadir pada hari tu memuji makanan yang disediakan caterer, especially kambing goleknya. Kambingnya lembut dan sosnya sedap. Ramai yang bertanyakan siapa caterernya, sampai habis name card caterer pada hari tu, kerana ramai yang nak info tu.

Caterer yang sediakan makanan pada hari tu ialah caterer Kambing Golek Selera Warisan. Post hari ni is dedicated to them for a job well done. Gambar-gambar dalam post kali ni ialah dari majlis kenduri aqiqah di rumah kami pada bulan sebelas yang sudah.



Macam mana kami decided untuk pilih Kambing Golek Selera Warisan ni? I had to thank my wife for this. Dia yang banyak habiskan masa mencari caterer ni. Kami memang dari awal lagi nak kambing aqiqah tu dipanggang atau digolek. Kami tak nak kambing tu dimasak jenis yang lain. Mesti nak dipanggang. Kami anak beranak memang suka kambing panggang, and we were guessing that a lot of other people have the same selera as well. Jadi wife saya ni banyak la survey siapa yang boleh prepare a good kambing panggang or kambing golek ni. Cari punya cari, Kambing Golek Selera Warisan ni yang wife saya berminat. Kebetulan husband kepada ex colleague wife saya ialah salah seorang yang run business kambing golek ni. Shidy nama dia. Jadi wife saya ni dapat banyak info dari fb ex colleague wife saya tu. Memang owner kambing golek ni rajin update status diaorang di fb, jadi banyak la info dapat tengok.

Dari situ kami mula langkah seterusnya. Kami set appointment dengan caterer tu utk discussion. So, pada satu petang tu kami berjumpa dgn owner Kambing Golek Selera Warisan ni, Haji Mukhtar nama dia. Orangnya baik. Memandangkan ini kali pertama kami nak arrange majlis kenduri, jadi banyak la soalan dari kami. Haji Mukhtar ni la yang banyak advice kami begitu begini. Kiranya macam knowledge sharing session la :).

Disamping boleh sediakan kambing golek, Selera Warisan ni pun boleh sediakan lauk pauk yang lain juga. Mulanya kami ingat diaorang ni specialized kambing golek ja. Rupa-rupanya serba boleh. Ok la tu....tak payah la kami kena arrange another caterer untuk sediakan lauk pauk. Mudah la camni...

Pada hari kenduri, Hj Mukhtar dan crewnya pada pukul 10 pagi dah sampai. Dia dan krewnya siap tolong susunkan kerusi dan meja. Saya dah susun pada awal pagi tu. Tapi ya la, ini first time kenduri sendiri, tak pandai saya nak susun dgn betul. Kena buat laluan yg betul supaya flow untuk guest jadi mudah, dan optimise space yg ada utk keselesaan tetamu. Hj Mukhtar dan krew dia yang tolong repairkan susunan saya. Diaorang tu pengalaman buat kenduri dah banyak, jadi dah tahu selok beloknya.

Haji Mukhtar juga ada tarik saya dan tunjuk satu persatu lauk pauk yang telah dia sediakan based on perjanjian kami. Professional sungguh dia! Saya ingat lagi bila time dia buka tudung periuk untuk semua lauk pauk tu, sedap sungguh baunya! Memang best!

Kambing pun sudah diangkat ke pemanggang. Tunggu digolek jer. Tengok ja pun dah kecur air liur. Tu tak dicampur dgn baunya lagi! Time tu mula la anak-anak saya, anak-anak saudara berhimpun keliling kambing. Masing-masing in awe tengok kambing tu agaknya.

Untuk test tahap ketahanan mental anda bila nampak kambing golek, sila la jenguk gambar-gambar kat bawah ni. Silap-silap bini tegur pun tak sedar ni...








Gambar-gambar dibawah ni pula ialah gambar majlis kenduri aqiqah kami yang kami ambil dari facebook Kambing Golek Selera Warisan.







All in all, Hj Mukhtar dan team Kambing Golek Selera Warisan ni memang bagus, makanannya sangat sedap, management dan servis pada hari kenduri tu pun bagus. Bagi kami yang first time buat kenduri ni, sangat berbesar hati bila para jemputan ramai yang memuji makanan yang sedap. Jadi, terima kasih banyak pada Kambing Golek Selera Warisan yang menyediakan makanan untuk kami pada hari tu. Jasa anda dikenang! Keep up the good work.

Pada yang berminat untuk contact Kambing Golek Selera Warisan ni, diaorang punya contact details ada di bawah ni.

Telefon no.:

Shidy (0194136767)

Facebook Page:


Alamat:

Plot 110, Taman Baru, Seberang Jaya, Pulau Pinang



Comments

  1. Fine way of telling, and fastidious paragraph to get information regarding my presentation subject matter,
    which i am going to convey in school.

    ReplyDelete

Post a Comment