Masak Puding Roti dengan Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum,

Pada hujung minggu yg sudah, sempat saya ke dapur utk cuba memasak Puding Roti. Bukannya apa, roti Gardenia di rumah tu masih berbaki 7 keping dan baru satu hari lebih dari tarikh luputnya. Sayang pulak rasanya nak dibuang roti tu. Selalunya, kalau dah exceed expiry date tu saya akan buang terus. Tapi kali ni agak berat hati nak buang sebab masih banyak. Jadi, terus cari resipi Puding Roti di internet. Saya memang suka Puding Roti. Kali terakhir saya makan Puding Roti ni di restoran Nada Lama Hotel Equatorial dlm beberapa minggu sudah.

Dalam mencari resepi Puding Roti ni, tertarik saya pada cara masak yg ditunjuk oleh fellow blogger MamaQaireen ni. Selalunya Puding Roti ni dibakar di dalam oven, tapi MamaQaireen tu guna pemanggang ajaib untuk masak Puding Roti tu. Saya memang tak suka masak guna oven ni. Tak reti nak control api atas dan api bawahnya. Memang dasar lelaki nak buat keja yg senang dan mudah ja. Errr....bukan semua lelaki la, tapi saya memang confirm macam tu. Jadi, bila saya nampak macam senang jer nak buat Puding Roti ni, saya pun keluar la kejap beli bahan-bahannya. Full recipe dan ingredient ada kat dlm link MamaQaireen yg saya dah highlight colour merah kat atas tu.

Bila bahan dah cukup, mula la tugas-tugas nak masak.........


7 keeping roti tadi tu saya carik-carikkan dan masukkan ke dlm satu bowl.





Kemudian masukkan susu dan kacau supaya sebati dgn roti.


Dalam satu bowl yg lain pulak, masukkan 4 sudu besar gula, 2 biji telur, 2 sudu besar Buttercup, 1 sudu the tepung jagung dan sedikit essence vanilla. Kacau sampai sebati jugak. Kemudian campur jer isi kedua-dua bowl tu ke dlm pemanggang ajaib tu. Taburkan kismis kat atas tu yer.


Yg ni ialah saya yg tgh sibuk mengacau sos kastard.

Disebabkan saya guna api yg kecil sekali kat atas dapur tu, kena tunggu nak dekat 45 minit jugak ler baru Puding tu nak masak. Tapi setiap 15 minit tu saya akan buka pemanggang ajaib tu utk tengok status Puding, masak ke tidak lagi.


Itu la hasilnya......


Ini bila dah diletak sos custardnya....terasa hebat la pulak... :).


Anak pun suka....

A big thank you to MamaQaireen, kerana usaha anda, saya telah berjaya menyelamatkan 7 keping roti hari tu.

Comments

Post a Comment