Intipati Khutbah Jumaat 24/10/2014

Assalamualaikum,

Khutbah yg disampaikan oleh Khatib pada hari ini menyentuh berkenaan Pentadbir masjid.
Sedikit sebanyak isi khutbah dari Masjid Kg Seronok yg dapat saya tangkap pada hari ini ialah.....


1. Institusi masjid seringkali dilihat sebagai tempat membuat ibadah sahaja. Seringkali kita lihat pada masa sekarang masjidnya lengang kecuali pada solat 5 waktu, solat terawih dan hari raya.

2. Pada zaman Nabi Muhammad, masjid dijadikan tempat atau pusat kebajikan, pentadbiran, tempat yg diadakan perbincangan serta mesyuarat, mahkamah, menjadi tempat urusan jual beli serta ekonomi, the go to place untuk membina sahsiah dan pelbagai lagi.

3. Punca permasalahan masjid

a. Masyarakat yg kurang peka dgn aktiviti-aktiviti masjid.
b. Pentadbiran masjid lemah.
c. Masyarakat dan pentadbir masjid kurang serius dgn aktiviti masjid.

4. Apa yg Pentadbir masjid perlu lakukan.

a. Hargai masa. Gunakan masa yg ada dgn dipenuhi aktiviti-aktiviti berfaedah.
b. Pelankan aktiviti dgn tersusun dan baik.
c. Pentingkan kualiti dlm urusan ibadah dan juga dalam program-program untuk mengimarahkan masjid.
d. Perlu berlumba-lumba beri perkhidmatan yg baik.
e. Galakkan masyarakat ke masjid. 
f. Jadikan masjid pusat transformasi umat.

**Beberapa bulan yg sudah, surau berhampiran rumah saya ada menjalankan satu aktiviti yg agak kreatif dalam memupuk masyarakat supaya dekat dgn surau atau masjid. Apa yg dianjurkan oleh pihak surau ialah aktiviti berbasikal! Dijemputnya kesemua orang di taman kami ni untuk turun beramai-ramai untuk turut serta. Kanak-kanak pun ada join sekali. Kayuhan bermula di surau, menuju ke masjid yg berdekatan dan kemudian ke laluan bendang. Ada activity treasure hunt lagi. Saya ada menulis tentang aktiviti ni. Klik di link di bawah tu kalau interested.


Nak seribu daya, tak nak tu beribu-ribu dalih......

Comments

  1. Kena mula dari peringkat remaja atau sekolah rendah ni. Baru dapat jadikan institusi masjid satu tempat yang biasa bagi masyarakat. Maybe kena ada kerjasama antara masjid dengan sekolah berdekatan untuk anjurkan aktiviti yang murid boleh lakukan di masjid.. kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul. Kena didik dari kecik utk rajin jenguk surau/masjid. Kalau tak, susah hati nak dekat. Mak bapak kena rajin asuh...

      Sekolah memang boleh main peranan. Join dgn surau/masjid buat praktikal sembelihan ke, praktikal sembahyang mayat ke, gotong royong, buat kelas kafa di surau/masjid instead of dekat sekolah ke...banyak idea nih..

      Delete

Post a Comment