Bila Abah kena masak....

Assalamualaikum,

Hari ni dah masuk hari ke 22 kita berpuasa dalam bulan Ramadan 1435 Hijrah ni (tahun 2014). Sekejap saja masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, kurang lebih seminggu lagi, kita semua akan menyambut Syawal. 

Semalam, maid pun sudah berangkat pulang ke kampung untuk berhari raya bersama keluarga di Indonesia sana tu. 3 minggu maid akan bercuti sempena raya. 3 minggu for some quality time with her family. 

Hari ni, wife pun tak ada di rumah. Kena bertugas pada hujung minggu dan tak akan pulang sehingga esok harinya. Jadi, pada hari ni, tinggal kami tiga beranak jer di rumah. Male bonding time!!! Hahah...

Anak yg bongsu ni masih berlajar, masih menyesuaikan diri dgn ibadat berpuasa. He is doing ok, tapi kalau dah lapar tu, saya ok jer kalau dia nak berbuka. Memandangkan hari ni mamanya tak ada di rumah, kakaknya (maid) pun tgh bercuti, kerja-kerja menyediakan makanan di rumah secara tak langsungnya jatuh ke atas bahu abahnya. Ini untuk makan tghari la, makan untuk berbuka atau makan malam boleh dibeli. Makan tghari susah la sikit nak dibelinya pada bulan puasa ni. Banyak kedai tutup.

Jadi hari ni, abahnya ni terpaksa la memasak, mengasah balik skill memasak yg sudah berhabuk ni. Time kat uni dulu memang selalu memasak. Ya la, duduk di perantauan kena la memasak. Mana nak cari kari kepala ikan, kurma ayam, bihun goreng, tomyam, sup kat England sana tu kalau tak dimasak sendiri. Mana tahan makan fish and chips jer.

"Adik teringin nak makan apa?".
"Ayam boleh tak abah?".
"Boleh. Nak makan dgn nasi ke? Ke Adik nak makan pasta?".
"Ha....nak pasta la...".
"Ok on".

Dengan ayat tu, kerja-kerja memasak pun bermula. Of course, anak yg bongsu tu nak tolong juga. Dia la yg tolong dlm bab cuci mencuci. Helpful jugak anak aku nih...


Usahanya....


Saya suka daging tu a bit chunky. Tak berapa gemar kalau dagingnya hancur.


Kimball punya sos pasta is not bad. Suka rasanya yg masam-masam tu. Prego is not a bad pasta sauce option as well. Yang pentingnya, halal. Tolong ambil perhatian ya...ada beberapa jenis sos pasta Prego yang tidak ada status halal dari Jakim.


Saya juga suka kalau dagingnya sedikit garing. Ranggup bila dikunyah.


Hasilnya....



Guna pasta spiral untuk hari ni. Spaghetti dah common sangat. 
Agak-agak boleh jadi tukang masak kat Secret Recipe tak? Buat part time masak pasta....


"Adik, ok tak abah masak? Thumbs up ke down?".
"Thumbs up".

Tersengih abahnya ni. Hasil tangan abah, anaknya suka....

Next task....lipat kain! Haaisshhh.

Bye for now.

Comments